Sebahagian Hak-hak Sarawak Tidak Boleh Dirunding 0 5850

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak akan terus memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan bagi membincangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang akan diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Speaker Dewan Udangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, kerajaan negeri juga akan mengkaji beberapa perkara sama ada ia perlu dipersetujui ataupun sebaliknya.

Beliau berkata, sebagai contoh hak Imigresen Sarawak yang dianggap tidak boleh dirunding sama sekali mahupun dimansuhkan kerana hak Imigresen adalah kuasa kerajaan sepertimana termaktub di dalam MA63.

“Tiada sesiapa yang boleh mengubah sejarah,” tegasnya dalam sidang media mengenai Jawantakuasa Perundingan MA63 di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Jelasnya lagi, untuk memansuhkan hak imigresen akan menyebabkan kebanjiran pendatang dari seluruh sempadan yang jauh dari luar Sarawak.

Justeru, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan bagi mempertahankan kepentingan, hak dan kedudukan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri Abang Zohari Tun Openg akan mengetuai delegasi rombongan kerajaan negeri untuk menghadiri mesyuarat Jawatakuasa Pemandu yang akan diadakan pada 17 Disember 2018 di Kuala Lumpur.

Anggota delegasi Sarawak yang terlibat akan ditentukan sendiri oleh Ketua Menteri kelak. TvSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13020

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12490

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news