Lebih 2,000 pelajar Sarawak menerima subsidi tiket kapal terbang RM300 0 6354

KUCHING: Lebih 2,000 pelajar anak Sarawak menerima subsidi tiket kapal terbang yang berjumlah RM300 sejak daripada Tahun Baharu Cina (CNY) yang lepas kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Sebelum ini, pada Program Lan Berambeh tahun lepas, Kerajaan Negeri telah mengumumkan akan memberi subsidi tiket kapal terbang berjumlah RM300 kepada pelajar anak Sarawak yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di semenanjung, Sabah dan Labuan untuk balik ke negeri ini pada musim perayaan.

Pelajar IPT yang layak menerima insentif tersebut boleh memohon sebanyak dua kali setahun bermula perayaan CNY yang lepas serta perlu mengemukakan bukti pembelian tiket penerbangan, pas masuk kapal terbang dan surat pengesahan sebagai pelajar IPT.

“Lebih 2,000 pelajar IPT dari Sarawak telah mendapat manfaat daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” kata Fazzrudin yang juga penasihat Sarawak Volunteers.

“Sehingga hari ini, kami masih lagi menerima pemohonan daripada pelajar IPT sejak daripada cuti mereka yang lepas”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau menjangkakan lebih ramai lagi pemohon yang akan memohon untuk cuti perayaan Gawai dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti – TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news