Cinta terhalang, lelaki gantung diri di Kampung Sebuak 0 6972

KUCHING: Hubungan cinta yang tidak direstui dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Filipina menggantung diri di kandang kambing dekat Kampung Sebuak di sini, semalam.

Dalam kejadian 8.15 pagi, mangsa berusia 38 tahun itu ditemui mati selepas lehernya diikat dengan tali dan tergantung pada dahan pokok.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan ada seorang lelaki menggantung diri pada dahan pokok di tepi sungai kampung terbabit.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung dengan tali terikat pada dahan kayu sebelum diikat pada lehernya sendiri.

“Pemeriksaan polis di lokasi juga tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan,” katanya ketika dihubungi.

Aidil berkata, mengikut keterangan abang angkatnya, mangsa masih bujang serta tidak mempunyai pekerjaan tetap jatuh cinta dengan seorang wanita di kampung itu.

“Namun, percintaan itu tidak direstui ahli keluarga perempuan berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa ada meninggalkan nota mengatakan dia amat mencintai kekasihnya dan akan pergi ke tempat yang wanita itu tidak dapat pergi serta tidak akan kembali lagi.

“Mangsa juga mengatakan dia nekad bunuh diri agar kekasihnya tidak dapat melihat mukanya yang dikatakan sial.

“Selain itu, satu lagi nota pesanan dari mangsa agar nama yang disenaraikannya untuk menggali kubur dan mengangkat mayatnya,” kata Aidil.

Beliau berkata, pemeriksaan badan dilakukan dan mendapati tiada sebarang kesan luka atau lebam pada badan mangsa.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu kebenaran daripada kedutaan Filipina untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) kerana menggantung diri,” katanya – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13940

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13097

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news