Lebih kurang 1500 menghadiri ceramah DAP Sibu yang dihadiri Lim Guan Eng 0 5502

SIBU: Walaupun dilanda hujan renyai-renyai, namun warga Sibu tidak putus semangat untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh DAP malam tadi.

Ceramah yang berlangsung di Chew Siik Hiong , berdekatan dengan Pusat Perubatan Rejang telah bermula seawal jam 7 malam dan berakhir dalam lingkungan jam 11 malam.

Lebih kurang 1500 warga yang menghadiri ceramah berkenaan berikutan dengan kehadiran Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng hadir ke Sibu untuk membantu penyandang bagi Parlimen Lanang dan Sibu iaitu Alice Lau dan Oscar Ling untuk mempertahankan kerusi tersebut daripada dirampas oleh Barisan Nasional.

Lim Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan ceramah bertajuk “Dasar Kebajikan Pakatan Harapan terbaik untuk Rakyat”.

Foto : Facebook Oscar Ling

Dasar ini telah dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Harapan terutamanya untuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai manifesto khasnya tersendiri seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir semasa mengadakan ceramahnya di Kuching baru-baru ini.

Di samping itu juga, Lim Guan Eng juga mengupas sedikit sebanyak mengenai manifesto Pakatan Harapan dan mengupas sedikit sebanyak kelemahan pentadbiran kerajaan semasa dalam urusan urus tadbir negara.

Selepas membantu calon DAP di Sarawak, Lim Guan Eng akan ke Sabah untuk membantu calon DAP yang bertanding di Sabah.

Pada Pilihan Raya kali ini, Alice Lau akan berhadapan dengan Kelvin Kong daripada Barisan Nasional serta Priscilla Lau daripada Sarawak Peace Party.

Manakala , Oscar terpaksa berhadapan dengan pertarungan sengit berikutan beliau terpaksa berhadapan dengan tiga lagi calon yang berusaha untuk merampas kerusi Sibu daripadanya iaitu Andrew Wong daripada Barisan Nasional, Jamie Tiew daripada Sarawak Peace Party dan Simon Tiong daripada Parti STAR. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13550

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news