Lee Chong Wei perlu rehat secukupnya sebelum pulang ke Malaysia – BAM 0 6456

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dinasihatkan supaya berehat secukupnya sebelum pulang ke Malaysia.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei begitu bersemangat untuk pulang ke tanah air.

“Namun, kita nasihatkannya agar berehat seketika. Apabila beliau benar-benar bersedia, barulah pulang ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Belia 2018 di Buenos Aires, Argentina, semalam.

Chong Wei dikesan menghidap barah hidung peringkat awal dan kini sedang menerima rawatan di Taiwan.

Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata rawatan dijalani Chong Wei sejak dua bulan lepas menunjukkan perkembangan positif.

Beliau, bagaimanapun berkata pihaknya menghormati keputusan keluarga Chong Wei yang mahukan privasi berhubung masalah kesihatan jaguh perseorangan negara itu.

“Perhubungan kita rapat, sentiasa bercakap dan saya pun tidak mahu kita semua mengganggu beliau. Tunggu masa yang sesuai untuk melawatnya.

“Apa yang perlu, kita sebagai rakyat Malaysia doakan beliau supaya kembali pulih dan kita juga bagi privasi seperti diminta. Saya yakin serta percaya dengan cara tersebut beliau boleh pulih dengan cepat,” katanya.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7599

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5246

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news