Lelaki 44 tahun ditangkap rosakkan bendera parti di Siburan, polis buka 11 kertas siasatan PRU14 — Dev 0 5637

KUCHING: Polis Sarawak telah membuka 16 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 di 12 daerah pentadbiran polis di negeri ini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, sehingga semalam, pihaknya malah telah menerima 38 laporan selain melaksanakan satu tangkapan.

“Tangkapan dilakukan terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun di Sungai Duuh, Siburan semalam setelah disyaki merosakkan bendera parti yang bertanding.

“Kami difahamkan, suspek telah memgambil bendera yang digantung di sekitar kampungnya dan menyimpannya di rumahnya.

“Perbuatan ini boleh disabit di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Dev berkata, pihaknya turut menahan seorang pengguna drone pada hari penamaan calon.

“Drone jenama DJI Mavic Air dan telefon bimbit turut dirampas setelah suspek menerbangkan di Dewan Suarah Bintulu sewaktu hari penamaan calon.

Kesalahan tersebut kata Dev, termaktub di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Secara keseluruhan, Kuching merekodkan 11 laporan kes, Padawan 8 kes, Miri 5 kes manakala Bintulu dan Sri Aman, 3 kes. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news