Lelaki bawa dadah ditahan polis traffic di Serian 0 6830

Serian: Orang awam di Pasar Serian gempar sekitar jam 11 pagi tadi apabila berlaku pergelutan membabitkan seorang lelaki dan dua anggota polis traffic.

Menurut info awal, kejadian dikatakan bermula apabila dua anggota traffic tersebut membuat rondaan di Pasar Serian dan telah menahan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis modenas.

Namun lelaki yang ditahan tidak memberi kerjasama dan bertindak agresif dan telah menyebabkan berlaku pergelutan.

Susulan pergelutan tersebut menyebabkan anggota polis traffic terpaksa menggunakan kekerasan dan berjaya menangkap

Menurut info selanjutnya hasil pemeriksaan di badan suspek, pihak polis telah menjumpai paket lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah.

Setakat ini suspek yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kampung Kerait telah ditahan untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13196

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12660

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news