Remaja ditahan disyaki edar dadah 0 6433

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun ditangkap polis di Jalan Sim Ching Kay di sini kira-kira jam 5.30 petang pada Rabu setelah disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah dadah jenis ganja dengan berat kasar 50.68 gram dan dianggarkan bernilai RM750 turut dirampas daripada suspek.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai satu paket plastik warna merah yang mengandungi lima paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis kanabis di dalam poket baju yang dipakai oleh suspek.

“Suspek kemudian menjalani ujian saringan awal polis dan didapati postitif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13196

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12660

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news