Lelaki belasah wanita ditahan polis di Miri 0 5880

MIRI: Tindakan seorang lelaki menampar dan menumbuk seorang wanita membawa padah selepas ditahan polis di sebuah bilik sewa di Jalan Cina, di sini, semalam.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 9.30 pagi selepas mangsa berusia 32 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu kelmarin.

Sumber memberitahu NSTP, suspek didakwa membelasah mangsa selepas berang dengan tindakan mangsa meminta wang daripada suspek.

“Sebelum kejadian, mangsa meminjamkan telefon bimbitnya kepada suspek, namun suspek menjual telefon berkenaan.

“Mangsa kemudian diminta membayar RM150 untuk mendapatkan semula telefon miliknya,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membayar wang berkenaan dengan harapan telefonnya dapat dikembalikan, namun suspek tidak menyerahkan telefon berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa mendesak suspek memulangkan semula wangnya sebelum suspek bertindak membelasah mangsa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news