Pelajar tingkatan dua lebam dibelasah lima pelajar senior di Limbang 0 6111

Pelajar tingkatan dua lebam dibelasah lima pelajar senior di Limbang

 

LIMBANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua mengalami lebam bahagian belakang badan, tengkuk dan kepala selepas disyaki dipukul sekumpulan pelajar senior dalam kejadian yang berlaku di asrama sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Mangsa berada ditangga blok asrama sekolah itu sebelum didatangi sekitar lima pelajar senior yang bertindak memukulnya dalam kejadian jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata kejadian berpunca dari tindakan mangsa dan seorang lagi rakan sekelasnya yang dipercayai mengambil wang tunai milik seorang lagi rakan sekelas mereka.

“Bagaimanapun guru disiplin mereka berjaya mengambil semula wang berkenaan dan diserahkan kepada pelajarpemilik wang tersebut.

“Namun pelajar terbabit kemudiannya mengadu kepada suspek yang bertindak memukul mangsa kerana tidak berpuashati dengan tindakan mangsa mencuri duit terbabit,” katanya.

Jelasnya akibat dipukul mangsa yang lebam di bahagian belakang badan, tengkuk dan kepala menerima rawatan di Hospital Limbang.Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news