Lelaki cedera di muka selepas digigit anjing liar di Kampung Gersik 0 6431

Kuching: Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila digigit seekor anjing liar ketika mahu pergi solat subuh di depan Surau Hidayatul di Kampung Gersik sekitar jam 5. 30 pagi tadi.

Menurut info awal mangsa yang dikenali sebagai Wan Mohamad Bin Wan Nawi mengalami kecederaan di muka selepas secara tiba-tiba dihampiri seekor anjing liar yang berwarna hitam.

Setakat ini mangsa telah pun dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news