SIBU: Seorang lelaki cedera di kepala selepas dibelasah sekumpulan individu tidak dikenali ketika sedang membuang air kecil di sebuah pusat hiburan di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, mangsa yang berumur lingkungan 40-an juga lebam di badan dan tangan dipercayai dipukul dengan objek keras.Bagaimanapun, mangsa sempat lari menyelamatkan diri daripada dibelasah lebih teruk oleh beberapa lelaki terbabit.
Difahamkan pengadu hanya membuat laporan polis tiga hari selepas kejadian.Punca kejadian belum dapat dikenal pasti. – Utusan Borneo Online