Penganggur larikan ambulans di Hospital Umum Sarawak dihukum penjara 15 bulan 0 5869

KUCHING, Mac 21: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulanterhadap seorang lelaki yang didapati melarikan sebuah ambulans di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini pada Februari lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohd Azhar Baking Abdullah, 36, berkuat kuasa hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas tertuduh yang juga merupakan seorang pengganggur mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melarikan sebuah ambulans milik sebuah hospital swasta kira-kira pukul 12.50 tengah hari pada Feb 20 lalu.

Tertuduh dari Kampung Siol Kandis sebelum itu dimasukkan ke dalam wad HUS untuk menerima rawatan sebelum dia bertindak melarikan sebuah ambulans yang tidak dijaga selepas menurunkan pesakit di hospital tersebut.

Tertuduh kemudian melarikan ambulans itu sebelum meninggalkan kenderaan tersebut di Jalan Green

Dayak Daily sebelum ini melaporkan bagaikan aksi dalam sebuah filem apabila seorang pesakit nekad melarikan sebuah ambulans yang diletakkan di depan zon kecemasan HUS di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, suspek telah melarikan sebuah ambulans milik Pusat Kesihatan Pakar KPJ di sini. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news