Lelaki cedera digigit anjing peliharaannya di Miri 0 6129

MIRI: Malang menimpa seorang lelaki apabila kaki dan tangannya cedera digigit anjing peliharaannya sendiri di rumahnya di Desa Murni, Bandar Baharu Permyjaya, di sini pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang berusia 51 tahun hendak memberi makan kepada anjingnya, namun rantai anjing tersebut tiba-tiba terputus.

Anjing tersebut kemudiannya secara tiba-tiba berubah menjadi ganas lalu menyerang dan menggigit mangsa.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri daripada gigitan anjing tersebut dan berlari ke luar pagar rumahnya untuk menyelamatkan diri.

Mangsa meminta bantuan jiran sebelah rumahnya untuk meminjam telefon bagi menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.09 pagi.

“Tiga anggota APM diketuai Korporal (PA) Bohari Abdullah telah dikejarkan ke rumah mangsa bagi membantunya.

“Setibanya di rumah tersebut, skuad Bravo membuat rawatan awal kepada mangsa sebelum kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13942

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13100

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news