Lelaki cedera ditembak menggunakan senapang ikan DI Kampung Tabuan Melayu 0 7265

KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan ditembak menggunakan ‘senapang ikan’ di Kampung Tabuan Melayu di sini, semalam.

Menurut ahli keluarga mangsa yang berusia sekitar 20-an itu, semasa kejadian dikatakan berjalan-jalan di kampung berkenaan apabila didatangi dua lelaki berusia 40-an yang juga dikenalinya sekitar jam 8.30 pagi.

Difahamkan, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum suspek dikatakan bertindak menembak mangsa yang kemudian menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan berlumpur tidak jauh dari tempat kejadian.

“Beberapa penduduk kampung yang menyedari kejadian tersebut segera membantu mangsa dan turut menghubungi pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian,” kata sumber.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan dan dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis semalam, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dirawat di Zon Kuning Unit Kecemasan HUS.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan tidak diketahui sama ada mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian atau sebaliknya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13426

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news