Lelaki cedera parah selepas dipercayai berebut seorang wanita 0 7201

BINTANGOR: Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan yang dipercayai berebut seorang wanita di Bukit Belok, dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Meradong, Inspektor Ricky Tan berkata, pergaduhan yang tercetus itu telah menyebabkan seorang mangsa yang berusia 37 tahun patah di kedua-dua lengan selain mengalami luka di lutut kiri akibat ditetak dengan menggunakan parang.

“Pertengkaran tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 malam (Ahad).

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa yang cedera parah sedang bersama dengan seorang wanita di dalam kereta miliknya.

“Apabila tiba-tiba seorang lelaki datang dan menarik mangsa keluar dari kenderaannya lalu menetak mangsa beberapa kali dengan menggunakan parang,” katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Setelah menetak mangsa beberapa kali, suspek terbabit terus melarikan diri dengan sebuah kereta.

Sementara itu, mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Berikutan itu, bapa saudara kepada wanita terbabit telah bertindak membuat laporan polis dan kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 326/394 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis kini sedang giat memburu lelaki yang telah bertindak menetak mangsa dan memohon sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan,” kata Ricky lagi. -Utusan Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13156

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12626

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news