Lelaki dakwa memenangi loteri RM2500 selepas membawa balik serpihan batu katak yang dimusnahkan di Jalan Sibu-Bintulu 0 7983

Bintulu: Batu Katak yang dimusnahkan menggunakan jentera berat semalam terus menjadi bualan di sosial media.

Menerusi komen-komen yang dilihat masih ada yang berasa sedih bila mendapat tahu batu tersebut dimusnahkan, kerana menurut mereka batu tersebut walaupun tidak diiktiraf, merupakan ikon dan satu lagenda buat penduduk setempat.

Apa yang menariknya, selepas dimusnahkan semalam, ada pengguna jalanraya yang menggunakan jalan tersebut mengambil peluang mengutip dan menyimpan serpihan batu tersebut sebagai kenangan.

Seorang lelaki yang enggan namanya dikenali mendakwa hari ini berjaya memenangi loteri tempat pertama berjumlah RM2500 selepas mengutip batu berkenaan semalam.

Menurut lelaki itu, dia telah membaca berita batu tersebut dimusnahkan di Facebook. Selepas itu dia terus bergegas ke lokasi untuk mengutip serpihan batu tersebut dan terus menyimpannya.

Menurut lelaki itu lagi, dia percaya dengan menyimpan serpihan batu tersebut dia pasti akan memperolehi tuah satu hari nanti.

Sejurus mengambil serpihan batu, lelaki tersebut dikatakan terus pergi ke kedai nombor ekor dan membeli nombor ekor sebanyak RM1

Setakat ini sejauh mana kebenaran berita lelak tersebut memenangi loteri selepas mengutip serpihan batu katak tersebut masih lagi tidak diketahui kesahihannya. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news