Lelaki di Sibu diperdaya RM72,700 0 5897

SIBU: Niatnya begitu murni, tetapi niat murni itu membawa kepada kisah duka apabila seorang lelaki di sini akhirnya kerugian RM72,700.

Ahli perniagaan lelaki berusia 64 tahun itu ditipu kenalan lelaki warga Amerika Syarikat melalui Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki melalui Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai James Hanson pada awal September lepas.

“Mangsa memberi nombor telefon bimbit setelah suspek memujuknya membantu anaknya yang sedang belajar di sebuah universiti di negara ini,” jelasnya.

Jelasnya lagi, suspek meminta bantuan mangsa untuk membantu membuat tukaran wang AS$ ke mata wang Malaysia pada 30 Oktober lepas.

Suspek memberitahu akan mengirimkan barang yang mengandungi wang US$110,000 dan meminta mangsa membuat pertukaran kemudian memberikan wang tersebut kepada anaknya.

“Suspek juga memberitahu telah cuba mengirim wang kepada anaknya tetapi tidak dapat kerana terlalu banyak proses,” jelasnya lagi.

Oleh kerana simpati, katanya, mangsa sudi membantu, dan akhirnya dia terpedaya.

Stanley berkata, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita pada 31 Oktober memberitahu memberitahu barang kiriman untuknya telah sampai.

Wanita itu meminta pembayaran bagi melepaskan barangan kiriman yang didakwa mengandungi wang.

“Mangsa diminta memasukkan wng ke dua akaun bank melalui enam transaksi,” jelasnya.

“Mangsa kemudian merasa diperdaya apabila suspek memintanya membuat pembayaran untuk kali ketujuh,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – SarwakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news