Bawa kekasih orang ke hotel di Kuching, lelaki cedera ditikam 0 6795

KUCHING: Seorang lelaki cedera ditikam di hadapan lobi sebuah penginapan bajet di Batu 3 pada jam 11 pagi di sini, semalam.

Sebelum kejadian mangsa dikatakan membawa dan mendaftar masuk bersama seorang wanita ke penginapan berkenaan.

Ketika mangsa keluar daripada penginapan, tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki wanita berkenaan.

Suspek menikamnya di hadapan lobi sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13415

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12887

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news