Lelaki diberkas, disyaki rompak dan cederakan ibu sendiri di Bintulu 0 7354

BINTULU: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan di sebuah taman perumahan di Tanjung Kidurong berjaya dikesan dan ditangkap di terminalbas di sini, pada pukul 2.15 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, sewaktu tangkapan, beberapa dokumen dan barangan milik mangsa iaitu ibu suspek berjaya ditemukan.

“Suspek yang juga merpakan anak kepada mangsa akan dibawa ke Mahkamah Bintulu untuk permohonan eman pada esok hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian awal saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki berusia 36 tahunitu positif dadah jenis methamphetamine.

Dengan tangkapan ke atas lelaki berusia 36 tahun itu katanya, polis percaya berjaya menyelesaikan kes rompakan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan yang berlaku pada awal pagi 19 September lepas. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news