Lelaki diburu polis, gesel kemaluan pada anak perempuan berumur lapan tahun 0 6101

KUCHING: Polis kini sedang memburu seorang lelaki kerana disyaki mencabul anak perempuannya yang baharu berusia lapan tahun di sebuah kampung di Jalan Matang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa yang juga merupakan isteri suspek.

Menurutnya, suspek yang berusia 32 tahun dikatakan beberapa kali melakukan perbuatan tersebut di rumah mereka ketika berduaan dengan mangsa.

“Kejadian terbaru adalah pada malam Isnin iaitu sekitar jam 8 malam, di mana suspek dikatakan membuka seluar mangsa dan meletakkan kemaluannya di bahagian belakang mangsa.

“Pernah juga sebelum ini suspek dikatakan bertindak menggesel kemaluannya pada kemaluan mangsa semasa dia (mangsa) masih berseluar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, ibu mangsa mula mencurigai sesuatu telah berlaku selepas mangsa sendiri menceritakan kepadanya.

“Pasukan operasi telah memeriksa ke rumah suspek, namun didapati dia tiada dan usaha mengesannya kini masih dilakukan,” katanya.

Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news