Masih ada beberapa isu MA63 dibincangkan, walaupun tujuh telah dipersetujui 0 5641

KUCHING: Sarawak masih ada beberapa isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dibincangkan lanjut walaupun tujuh daripadanya telah dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, antara isu berkenaan termasuk semakan semula kewangan negeri dan juga status Mahkamah Tinggi Borneo.

“Masih terdapat beberapa isu yang masih dibincangkan di bawah Jawatankuasa Teknikal MA63 dan satu daripadanya adalah semakan semula kewangan, yang kini dalam perbincangan.

“Sementara itu, satu lagi berkaitan untuk mengekalkan status Mahkamah Tinggi Borneo, yang saya rasakan telah dipersetujui secara prinsipnya..ini adalah antara daripada 14 isu (yang masih memerlukan perbincangan lanjut),” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan tujuh isu Perjanjian Malaysia 1963 telah mendapat persetujuan bersama manakala 14 isu masih memerlukan perbincangan lanjut.

Menurut Abang Johari, daripada tujuh isu berkenaan, enam daripada adalah berkaitan dengan Sarawak.

Antara tujuh isu MA63 telah dipersetujui menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan, pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas, pelaksanaan kerja raya Persekutuan dan Negeri, tenaga buruh, kuasa negeri ke atas isu kesihatan, isu pertanian dan perhutanan dan Pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan (Sabah).

Sementara itu ditanya mengenai perbincangan berkaitan isu minyak dan gas, Abang Johari mengesahkan, ia hanya dibincangan antara Perdana Menteri, Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah sahaja.

“Isu ini tidak dibincangkan dalam Jawatankuasa Pemandu kerana ia satu isu yang istimewa.

“Kita telah memutuskan bahawa isu minyak dan gas akan dibincangkan antara Perdana Menteri, saya dan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, rundingan mengenai MA63 itu adalah selaras dengan Janji 40 yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 5 September 2018 untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Jawatankuasa Khas Kabinet itu dibantu oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja dan diurus setiakan oleh pasukan petugas khas dikenali sebagai Taskforce MA63.

Mesyuarat pertama telah diadakan pada 17 Disember 2018 dan 21 isu telah diterima oleh Jawatankuasa Khas Kabinet ini untuk diteliti dan dikaji dengan 13 isu tuntutan dikenal pasti sebagai isu bersama melibatkan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah manakala lapan isu lain melibatkan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah sahaja. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news