Lelaki dicari bantu siasatan kes bunuh penjawat awam wanita di Sibu 0 5780

SIBU – Polis Sibu sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang penjawat awam wanita di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya kini mengesan seorang lelaki bernama Philip Uja, 40, namun belum ada tangkapan dilakukan setakat ini.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Kanowit itu sedang diburu selepas pihaknya menerima maklumat daripada rakan-rakan mangsa mendakwa lelaki berkenaan ada berjumpa dengan simati sebelum ini.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit juga dilihat ada datang ke kawasan rumah sewa mangsa pada malam 1 Ogos lalu.

“Buat masa ini, polis masih menyiasat hubungan antara mangsa dan lelaki terbabit, namun polis percaya mereka pernah berkenalan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Stanley memberitahu, pihaknya masih menyiasat motif kes bunuh berkenaan memandangkan belum ada tangkapan dilakukan.

Katanya, polis turut menolak dakwaan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh seperti seperti yang tular di dalam media sosial.

“Buat masa ini, kita (polis) masih menunggu laporan bedah siasat. Selepas kita menerima laporan lengkap barulah kita boleh mendedahkan punca kematian mangsa.

“Kita juga minta bantuan orang awam yang ada maklumat mengenai lelaki ini supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di tepi katil di dalam rumah sewanya di Jalan Tiong Hua, di sini.

Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada pukul 3 petang. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news