Lelaki ditahan kerana panjat pagi mahu balik Brunei 0 5762

Limbang: Disebabkan lewat untuk pulang ke negara asalnya, seorang lelaki warga Brunei Darussalam berusia 35 tahun nekad memanjat pagar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tedungan, Limbang kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin sebelum ditahan anggota keselamatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata polis dari Balai Polis Bambangan menerima panggilan mengenai tangkapan yang dilakukan kakitangan Kompleks CIQ berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek menceroboh masuk ke kompleks berkenaan dengan memanjat pagar sebelum disedari.

“Suspek bagaimanapun tidak sempat melarikan diri dan ditahan sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Suspek mengakui bertindak demikian kerana tiba lewat di Kompleks CIQ yang sudah menamatkan operasi jam 12 tengah malam,” katanya.

Katanya, suspek bersama seorang rakannya mahu pulang ke Brunei menaiki kereta namun tiba lewat menyebabkan mereka tidak dibenarkan masuk dan perlu menunggu keesokannya.

“Rakan suspek bagaimanapun tidur di dalam kereta tanpa menyedari lelaki terbabit nekad memanjat pagar untuk melepasi pemeriksaan pihak berkuasa Malaysia,” katanya. – Berita Harian Online 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15396

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news