Lelaki hilang dalam “misi paranormal” di Saratok 0 7335

SARATOK: Seorang lelaki yang berusia 46 dilaporkan hilang dipercayai ketika menyusuri Sungai Engkabang, Krian, dekat sini, petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, mangsa dikenali sebagai Junaidy Lunsa Dugat dipercayai turun ke kawasan sungai terbabit sekitar pukul 4.30 petang.

“Berdasarkan keterangan dari kenalan mangsa, mangsa dipercayai turun ke kawasan terbabit untuk aktiviti paranormal iaitu memburu hantu.

“Pada awalnya, mangsa ada mengajak beberapa orang rakannya untuk turut serta dalam aktiviti tersebut, namun tiada seorang pun yang mahu turut serta bersama dengan mangsa menjalankan aktiviti tersebut.

“Berikutan itu mangsa turun seorang diri dan sejak dari itu mangsa telah didapati hilang dan tidak pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Risau dengan keselamatan mangsa, satu laporan dibuat untuk membantu mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Menurut Nazry, hingga ini misteri kehilangan mangsa yang berasal dari Rumah Temenggong masih lagi belum dipastikan.

“Pihak bomba masih lagi menjalankan siasatan berdasarkan jejak terakhir yang ditinggalkan mangsa di tepi sungai untuk menentukan sama ada mangsa lemas di sungai atau hilang di kawasan hutan berhampiran.

“Pada hari ini, iaitu hari pertama SAR dijalankan radius pencarian adalah dalam lingkungan satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba.

“Namun sehingga 7.15 petang, mangsa masih lagi belum ditemui dan operasi SAR ditangguhkan,” katanya sambil menambah operasi itu akan diteruskan esok.

Operasi SAR itu turut disertai oleh penduduk kampung.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news