Lelaki mabuk ditahan polis kerana pecahkan mesin ATM di Sibu 0 6403

SIBU: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditahan kerana merosakkan mesin juruwang automatik (ATM) selepas dia gagal mengeluarkan wang tunai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Zailanni Amit berkata  suspek berusia 44 tahun yang juga seorang peniaga cuba mengeluarkan wang di ATM sebuah cawangan bank di Jalan Pahlawan kira-kira jam 11.40 malam.

“Apabila gagal mengeluarkan wang daripada mesin, suspek menjadi marah dan mula merosakkan skrin mesin dengan menggunakan tong sampah yang diletakkan di sebelahnya,” katanya.

Zailanni berkata, polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menerima panggilan mengenai insiden itubergegas ke tempat kejadian bertindak menahan lelaki terbabit.

“Lelaki itu kelihatan mabuk dan dipercayai berada dalam pengaruh alkohol malah dia berbau alkohol semasatangkapan dilakukan,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu akan ditahan untuk siasatan lanjut.”Kes tersebut akan disiasat mengikut Sekysen  427 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan khianat,” tambahnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15447

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8425

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news