Pemandu dari Kota Samarahan/Kuching/Kota Samarahan menderita setiap hari 0 6283

KOTA SAMARAHAN: Satu daripada penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh ribuan pemandu dari sini ke bandar raya Kuching  dan sebaliknya  ialah kesesakan yang mencekik setiap pagi dan petang  terutamanya dari Isnin hingga Jumaat.

Perjalanan boleh memakan masa sehingga sejam lebih.

Keadaan ini sudah bertambah buruk sejak lima tahun lalu apabila semakin banyak rancangan perumahan dibina di kawasan Samarahan, terutama di sekitar Universiti Malaysia Sarawak.

Sejak beberapa minggu lalu, kesesakan semakin menimbulkan penderitaan dan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Ini susulan aktiviti menaik taraf jalan raya di Tabuan Jaya, Stutong, Giant Supermarket dan Sama Jaya Free Industrial Zone pada waktu siang.

Pada waktu puncak, terutama pada awal pagi dan petang ketika warga pergi dan balik dari tempat kerja, kesesakannya adalah luar biasa.

Banyak pihak meminta kerja berkenaan dipercepat atau dilakukan hanya dilakukan selepas jam 9 malam hingga 5.50 pagi.

Namun, para pengguna jalan raya dari kedua-dua arah menggesa supaya langkah lebih konkrit dilaksanakan, termasuk membina lebih banyak jalan jalan ke arah berlainan bagi mengurangkan kesesakan yang dijangka lebih buruk dalam setahun dua lagi apabila semua rumah sudah siap. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13189

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news