Lelaki maut digilis tayar lori di Bukit Belayang, Saratok 0 3542

Saratok: Seorang lelaki maut setelah digilis tayar lori dalam kemalangan yang berlaku pukul 1.30-petang tadi di Kilometer 31, Jalan Betong/Sarikei iaitu di kawasan Bukit Berayang di Saratok.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, mangsa dikenali sebagai Abang Othman Abang Saboh, 70-tahun dari Kampung Tengah Beladin, Pusa.
         
Siasatan awal polis mendapati sebelum kejadaian berlaku, lori yang dinaiki mangsa bersama majikannya telah kehabisan minyak. Kedua-duanya dalam perjalanan dari Beladin menuju Sarikei.
         
Mereka kemudian dibantu anak saudara mangsa yang menggunakan kenderaan lain untuk mengisi bahan api, namun lori tersebut gagal dihidupkan.     
         
Anak saudara mangsa kemudiannya telah diarah untuk mengawal stereng lori sementara majikan mereka menolak kenderaan dari depan untuk menuruni permukaan jalan.
        
Pada masa sama mangsa berada tidak jauh di belakang lori untuk mengawal kenderaan yang datang dari arah belakang.

Semasa lori itu ditolak mangsa telah dilanggar dan digilis tayar kiri belakang lori berkenaan.
         
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
        
Mangsa dan anak saudaranya baru sahaja 10-hari bekerja dengan majikan mereka sebagai pekerja am memindah kabel dan tiang elektrik di kawasan Berayang, Saratok

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8419

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news