Ziana Zain, Armin bercerai talak 1 0 3589

Perkahwinan penyanyi Ziana Zain dan Armin Zaharin Ahmad Zambri yang mula menjadi perhatian beberapa bulan lalu, akhirnya menemui titik noktah hari ini.

Armin Zaharin, 53, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pukul 2.48 petang tadi, menurut laporan Kosmo Online.

Dalam penghakimannya, Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar berkata talak dibuat menerusi talak rajie’ dan Ziana, 50, perlu menjalani tempoh idah selama tiga bulan.

Mohd Nizar meminta mereka berdua mendaftarkan penceraian di Pejabat Agama Daerah Petaling dan membawa isu penjagaan empat anak mereka ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Armin yang berkemeja putih memohon untuk menemui anak-anak mereka sebelum melafazkan cerai.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain hadir berpakaian jubah hitam serta diiringi adiknya yang juga penyanyi Anuar Zain.

Hubungan mereka mula menjadi perhatian Mac lalu selepas Armin dibawa ke mahkamah atas dakwaan mencederakan anak lelaki mereka sehingga menyebabkan luka dan lebam.

Kes itu ekoran laporan yang dibuat Ziana sendiri.

Sebulan kemudian, Ziana yang popular dengan lagu Putus Terpaksa dan Berpisah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Difahamkan Ziana membuat tuntutan cerai dibuat atas dakwaan penderaan mental yang dialaminya serta fizikal terhadap anak mereka.

Ziana dan Armin yang berkahwin pada 9 Mei 1998 dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news