Lelaki maut ditembak selepas disangka babi hutan di Julau 0 5688

JULAU – Seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan senjata api rakannya kerana menyangka dia adalah seekor babi hutan ketika sedang memburu di kawasan hutan Sungai Engkelut, Pakan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, susulan kes itu suspek yang berusia 36 tahun telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau untuk membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.15 petang.

Jelasnya, petani tersebut kemudian ditahan bersama selaras senapang patah yang digunakan semasa kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai tertembak rakannya kerana menyangka mangsa seekor babi hutan memandangkan keadaan kawasan kejadian agak gelap.

“Kejadian itu berlaku semasa mereka telah berpecah dan masing-masing bergerak sendiri untuk memburu binatang sebelum suspek telah tertembak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dennis menambah, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Senjata Api 1960 dan Seksyen 8(a) akta sama,” ujarnya lagi. K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news