Kuching: Seorang penunggang motosikal maut setelah dilanggar sebuah kereta di Jalan Puncak Borneo, berdekatan persimpangan Jalan Kampung Jawa sekitar jam 1.30 pagi tadi.
Menurut info awal mangsa yang dikenali sebagai Sadan Anak Kutut maut serta merta ditempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala.
Setakat ini mayat telah dihantar ke Hospital untuk dibedah siasat dan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak