Lelaki maut rokok elektronik meletup 0 5579

MIAMI: Seorang lelaki maut, apabila pangsapuri didiaminya musnah dalam kebakaran yang berpunca dari letupan rokok elektronik milik mangsa.

Laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Pinellas County mendapati mangsa menemui ajal apabila dua bahagian rokok elektronik itu meletup dan menembusi tengkorak kepalanya.

Ia adalah kematian pertama di Amerika Syarikat yang diakibatkan oleh letupan alat berkenaan.

Mayat Tallmadge D’Elia, 38 dengan 80 peratus kesan terbakar ditemui anggota bomba yang memecah masuk ke pangsapuri miliknya di St Petersburg di sini, pada 5 Mei lalu untuk memadamkan kebakaran, dipercayai berpunca dari letupan itu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Tampa Bay Times, rokok elektronik itu disahkan dari jenama Smok-E Mountain yang dikeluarkan di Filipina.

Alat berkenaan dikatakan tidak memiliki ciri keselamatan yang lazim terdapat pada rokok elektronik jenama lain, termasuk cip komputer untuk menghalang ia dari menjadi terlalu panas.

Presiden Persatuan Penghisap Vape Amerika, Gregory Conley berkata, rokok elektronik lazimnya dilengkapi dengan ciri keselamatan khas dan laras kuasa boleh ubah untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Statistik Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), terdapat 195 kebakaran dan letupan membabitkan rokok elektronik antara tahun 2009 dan 2016 di seluruh negara, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15425

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news