Abdul Karim: Chong tidak harus bersikap angkuh 0 5554

SIBU: Sabar.Tunggu sehingga anda dilantik sebagai menteri sebelum mengeluarkan kenyataan berupa hala tuju dasar.

Itulah peringatan Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Chong Chieng Jen.

Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, Chong tidak harus bersikap angkuh, seolah-olah DAP menerajui kerajaan negeri Sarawak.

Barisan Nasional Sarawak menang 72 kerusi daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri pada 2016.

Pada pilihan raya umum lalu, BN Sarawak memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen.

“Siapa yang melantik YB Chong dan DAP menjadi hakim dan pendakwa,” kata Karim seperti dipetik media tempatan hari ini.

Katanya Chong bukan menteri atau jurucakap Pakatan Harapan pusat.

Abdul Karim memberi reaksi terhadap kenyataan Chong kelmarin bahawa tawaran Pakatan Harapan untuk mengembalikan hak dan autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 tidak diteruskan kerana BN Sarawak enggan menandatanganinya menjelang PRU-14.

Antara tawaran berkenaan ialah memberi 20 peratus royalti minyak dan autonomi dalam bidang pelajaran dan kesihatan.

Kata Abdul Karim: “Chong tidak harus bersikap angkuh dan berfikir DAP ialah kerajaan di Sarawak.”

Kata Naib Presiden PBB itu, Chong lupa bahawa BN yang diterajui Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ialah kerajaan negeri. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13494

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news