Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektik Akibat Guna Earphone Yang Disambung Dengan Telefon Bimbit Sedang Dicas 0 7388

Seorang pekerja kilang ditemui mati dalam rumah sewanya dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan earphone yang disambung kepada telefon bimbit yang sedang dicas., di Chonburi, Thailand.

Kritsada Supol ditemui terbaring atas katil di dalam biliknya sambil memegang telefon yang bersambung dengan pengecas dipercayai tiruan.

Jasad mangsa berusia 24 tahun ditemui oleh tuan rumah dengan kesan terbakar di sekeling telinga.

Pihak polis percaya mangsa terkena renjatan elektrik ketika menggunakan earphone, sama ada untuk mendengar muzik ataupun berkomunikasi dengan kabel earphone melintasi kawasan mulutnya.

”Kami percaya litar pintas menjadi punca kematian mangsa yang ketika itu sama ada sedang mendengar muzik atau pun sedang berbual dengan seseorang,” kata jurucakap polis, Jaleuk Polthong.

Pihak polis juga percaya kabel pengecas dan earphone tiruan juga mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.

”Pengguna terdedah kepada risiko sebegini sekiranya menggunakan pengecas yang bukan dikeluarkan daripada pembekal yang sah,” katanya lagi.

Sumber: Dailymail

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13004

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12477

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news