Lelaki terkejut ular melingkar dalam sangkar kucing di Jalan Judan 0 5940

MIRI: Seorang lelaki terperanjat apabila menemui seekor ular sawa melingkar kekenyangan dalam sangkar kucingnya di kediamannya di Jalan Tudan di sini, awal pagi semalam.

Kejadian disedari lelaki berusia 37 tahun itu, ketika hendak memberi makan dua kucing kesayangannya yang dikurung dalam sangkar berkenaan sekitar jam 7 pagi semalam.

Beliau percaya kedua-dua ekor kucing miliknya, seekor jantan dan seekor betina, telah dibaham ular sawa tersebut.

Bimbang dengan keselamatan diri, dia kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri untuk membantu menangkap ular tersebut.

Skuad Charlie APM yang menerima panggilan 7.50 pagi bergerak ke lokasi dengan diketuai Leftenan Mejar (PA) Azuan Kamin bersama tiga anggota.

Tiba di lokasi pada jam 8.17 pagi, Skuad Charlie berjumpa dengan pengadu dan bertanyakan lokasi ular yang dinyatakan.

Ular sawa batik bersaiz sebesar batang pinang sepanjang empat meter di dalam kandang kucing tersebut kemudian berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas.

Reptilia tersebut kemudian dibawa balik untuk disimpan dalam kandang ular yang telah disediakan di PKOD Miri. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13157

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12627

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news