Lelaki tetak adik sendiri berjaya ditangkap polis di Kampung Rampangi 0 6128

KUCHING: Tiga hari selepas menetak adiknya, Polis Kuching berjaya menjejak dan menangkap seorang suspek berusia 48 tahun di sebuah rumah di Kampung Rampangi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 10.40 pagi oleh sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

“Suspek yang bekerja sebagai nelayan pernah memiliki rekod jenayah lampau, apabila ditahan kerana kesalahan mencuri.

“Kita beranggapan kes ini selesai dan suspek akan ditahan reman serta disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, suspek telah memarang adiknya ketika tercetusnya pergaduhan keluarga di kampung yang sama.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 pagi, dengan serangan suspek menyebabkan adiknya cedera di muka dan lutut akibat dilibas.

Sejurus melakukan libasan yang turut disaksikan ahli keluarga lain, termasuk kedua-dua ibu bapanya, suspek bertindak melarikan diri.

Mangsa yang cedera pula telah diberikan rawatan awal oleh paramedik Angkatan Pertahanan Awam sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan dirawat sebagai pesakit luar. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14925

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8361

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news