Lesap RM53 ribu gara-gara syok bercinta di Internet 0 5867

SIBU: Gara-gara cinta Internet, seorang juruaudit wanita menjadi mangsa penipuan ‘Love Scam’ dan mengalami kerugian RM53,600.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu berusia 25 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai
Fred Hutton di Facebook pada 11 Februari lalu.

Selepas sebulan berhubung melalui talian, lelaki itu memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dengan pengadu dan keluarganya.

Bagaimanapun, pengadu menganggap perhubungan mereka sebagai kawan biasa kerana dia baharu sahaja mengenali lelaki tersebut

Genap sebulan kemudian, dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang dikenali Lenni dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Kastam dari KLIA.

“Lenni memberitahu bahawa Fred telah ditahan kerana dia didapati membawa matawang asing 25,000 pound (RM135,000) dan barang kemas  yang
tidak diisytiharkan, ” katanya dalam stau kenyataan hari ini.

Sekiranya tidak dituruti, Kastam akan mengambil tindakan.

Bimbang terhadap keselamatan Fred, wanita itu bertindak membuat pemindahan pertama melalui empat transaksi sebanyak RM24,300 ke nombor akaun yang diberi oleh Lenni.

Keesokan harinya pada 12 Mac, wanita itu menerima panggilan dari Lenni bahawa wang yang telah dipindahkannya dalam talian tidak mencukupi untuk
pelepasan Fred.

Sekali lagi wanita itu membuat pemindahan untuk pembayaran tambahan sebanyak RM29,300.

“Selepas pemindahan itu, pengadu sekali lagi menerima panggilan daripada Lenni, memberitahu bahawa Fred telah mengalami kecederaan selepas dipukul. Dia diminta untuk membuat pemindahan wang namun tidak mempunyai wang untuk dihantar lagi,” kata Stanley.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news