Jambatan Bintulu-Jepak sokongan kerajaan mulakan pembinaan jalan pesisir Sarawak 0 6583

KUCHING: Skop kerja termasuk cadangan untuk membina dan melengkapkan Jambatan Bintulu-Jepak yang menyeberangi Kuala Kemena yang dikenali sebagai ‘Pakej 5’,  apabila siap nanti, bukan sahaja menambah baik perhubungan tetapi juga menjadi tambahan kepada kehebatan kejuruteraan yang mewarnai latar langit Sarawak.

Keyataan yang dikeluarkan oleh Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) semalam, mengumumkan bahawa usaha sama PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd (PPES Works) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCC) iaitu PPES Works CCCC JV Sdn Bhd (PPES Works CCCC JV) pada 13 Mac 2019, menerima surat penerimaan daripada Kerajaan Sarawak.

Surat penerimaan daripada Kerajaan Sarawak itu untuk Pakej 5 bagi Cadangan Mem-bina dan Menyiapkan Jambatan Bintulu-Jepak menyeberangi Kuala Kemena di bahagian Bintulu untuk kontrak bernilai RM466,679,497

PPES Works merupakan anak syarikat yang 51 peratus milik CMSB manakala baki kepentingan ekuiti 49 peratus dipegang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Bercakap mengenai usaha sama itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CMSB Goh Chii Bing berkata, dengan pembinaan dan pembukaan Jambatan Darul Hana yang ikonik dan amat popular di Kuching, Kumpulan Syarikat CMSB bukan sahaja menunjukkan kehebatan kejuruteraannya.

“Tetapi meletakkan syarikat di tengah-tengah pencapaian kejuruteraan perintisan yang menyenangkan dari segi estetika dan fungsi.

“Saya pasti kerjasama China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd dengan mengambil kira pencapaian silam dan portfolionya yang cemerlang amat bernilai bagi PPES Works apabila dua syarikat hebat ini bergabung mewujudkan Sarawak yang lebih berhubung dan pesat memmbangun,” katanya.

Perjanjian itu menyebut bahawa jambatan ikonik yang merentasi Batang Kemena di Bintulu-Jepak dianggarkan sepanjang 1,048 meter dengan jalan empat lorong dan jambatan yang lengkap dengan jejantas di atas persimpa-ngan trafik Jalan Tun Ahmad Zaidi, Jalan Tun Razak dan Jalan Abang Galau dengan sebuah jalan penghubung yang dianggar sepanjang empat kilomter.

Difahamkan, tempoh kontrak adalah selama 48 bulan dari 3 April 2019 dan dijangka siap pada 2 April 2023. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13006

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news