Letupan gas City One Megamall, Polis masih tunggu laporan siasatan forensik bomba 0 5891

KUCHING: Polis masih menunggu hasil siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung insiden letupan dan runtuhan di kedai NeNe Chicken Malaysia di CityOne Megamall di sini, yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan 44 yang lain dalam kejadian Selasa lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pihak bomba sudah pun memulakan siasatan forensiknya, tetapi pihak polis belum lagi menerima laporan hasil siasatan mereka.

“Setakat ini pihak polis masih mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sementara pihak bomba meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar dan Latihan Ancaman Keganasan Ex-Rampas 2018 di sini semalam.

Katanya, angka korban dan kecederaan masih kekal seperti yang dilaporkan sebelum ini, iaitu tiga kematian dan 44 orang cedera.

Khamis, Pengarah Urusan NeNe Chicken Malaysia, franchise yang mengusahakan outlet di CityOne Megamall Raymond Wong telah menggesa agar pihak berkuasa mempercepatkan siasatannya ke atas insiden itu.

Beliau juga mahu hasil laporan berkenaan diumumkan secepat mungkin.–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news