Lim cabar Abang Jo tunjuk bukti MPKKP senjata PH 0 5894

MIRI: Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencabar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menunjukkan bukti beliau merujuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) sebagai senjata Pakatan Harapan (PH) menawan negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Saya tidak pernah menggunakan perkataan itu. Jelasnya Ketua Menteri Sarawak bukan gentleman seperti pemimpin sebelumnya,” jelas Lim dalam kenyataan media beliau hari ini.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu memberitahu, Abang Johari harus lebih berani berdepan cabaran yang sukar termasuk menjelaskan kepada rakyat Sarawak tentang penyatuan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Lim menyifatkan taktik Abang Johari itu tidak jujur dan mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenarnya.

Lim berkata, tindakan itu juga adalah percubaan terdesak Abang Johari untuk menyembunyikan penyatuan GPS dengan UMNO dan PAS.

“Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg berbohong apabila beliau mendakwa saya telah mendedahkan perkara sebenar dengan menyatakan penubuhan MPKKP adalah senjata kerajaan pusat untuk menawan Sarawak dalam PRN akan datang,” jelasnya.

Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu, GPS terdesak berbohong tentang kewujudan penubuhan kuasa ketiga melibatkan 91 Ahli Parlimen GPS, UMNO dan PAS yang dikhuatiri akan menghakis hak asasi rakyat bukan Islam dan bukan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid telah memberitahu, BN, PAS dan sekutu lain di Sabah dan Sarawak akan menubuhkan kuasa ketiga 91 Ahli Parlimen, yang mampu membentuk kerajaan persekutuan baharu,” jelasnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news