Persatuan Tuai Rumah bantah penubuhan MPKKP 0 5871

BINTULU: Persatuan Tuai Rumah Kawasan Samalaju akan menghantar resolusi bantahan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Persatuan (MPKKP) kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

Perkara ini dinyatakan Penghulu Man Imbak mewakili persatuan berkenaan dalam bantahan aman di Rumah Galin Anak Andam, Jalan Bintulu-Miri, semalam.

Beliau berkata persatuan itu berpendirian tegas menolak MPKKP yang dipercayai membawa impak negatif terhadap perpaduan dan keharmonian masyarakat di negeri ini khususnya penduduk rumah panjang.

Penolakan terhadap MPKK, katanya, berikutan ia akan menyebabkan pertindihan pengurusan, peranan dan fungsi antara Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sedia ada.

Malah, beliau percaya, Pakatan Harapan mempunyai agenda tersembunyi di sebalik penubuhan MPKKP sambil menyatakan salah satunya adalah untuk cuba menguasai pentadbiran negeri ini secara perlahan-lahan.

Justeru, tegas Man, mewakili pemimpin tempatan di kawasan Samalaju , persatuan terbabit menolak serta membantah sekeras-kerasnya penubuhan majlis berkenaan. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news