Lima kawasan baru akan dibangun sebagai tapak rumah mampu milik – KM 0 5899

KUCHING: Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima kawasan baru untuk dibangunkan sebagai penempatan rumah mampu milik.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kawasan-kawasan tersebut ialah Bako-Buntal, Sungai Maong-Segedup, Gita Baru, Kampung Senari dan Lundu-Sematan.

“Kita tahu perumahan satu masalah kerana tekanan migrasi. Rakan-rakan kita di luar bandar datang ke Kuching untuk mencari nafkah kerana pekerjaan yang sesuai dengan latihan ada di bandar.

“Maka kita bangunkanlah kawasan-kawasan ini untuk mereka. Arahan telah diberikan kepada Jabatan Tanah dan Survei untuk menyukat kawasan-kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching 2019 di sebuah hotel di sini, Isnin malam.

Menurut Abang Johari, kerajaan negeri juga akan menaik taraf jalan raya di kawasan-kawasan berkenaan bagi memudah dan menyingkatkan akses ke penempatan baru nanti.

Katanya, kadar premium tanah juga diturunkan kepada RM2,500 selama 10 tahun dengan pemilik hanya perlu membayar RM250 setahun.

“Kita dapat tanah, kita dapat bangunkan rumah dengan hanya RM2,500. Kawasannya besar, lebih daripada 12 poin.

“Perumahan yang saya buat semua kawasan ditembok dulu, dilengkapi utiliti air dan elektrik, dengan parit konkrit dan jalan raya tar. Semua ini ditanggung oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya lagi.

Tambahnya, pembeli juga tidak perlu risau tentang pinjaman kerana kerajaan menyediakan skim pinjaman melalui Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd yang dimiliki kerajaan GPS.

“Ini yang kita usahakan. Tetapi kita mesti berkuasa di Sarawak. Kita perlu bekerja dengan kuat, jangan ambil mudah dan mesti turun padang.

“Doa kita bulan 11, ada perkara yang akan saya umumkan untuk menambah pendapatan negeri Sarawak. Ketika ini masih ‘premature’, saya tidak mahu umumkan dulu.

“Apabila keadaannya baik, insya-Allah pada 2030, Sarawak akan menjadi negeri termaju di Malaysia dan mempunyai dana yang hebat,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, menteri-menteri kabinet dan pucuk pimpinan PBB yang lain. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13051

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news