Lima Tak Cukup Tau, Nak 10 Orang Lelaki 0 6104

Trending di media sosial rakaman video seorang peniaga online yang menjual peralatan seks mahu merasa dirinya dirogol lebih dari lima orang lelaki mencetuskan kemarahan netizen.

Video yang dimuat naik Siti Amiza Baharuddin, 23, berdurasi 2 minit 12 saat yang dirakam dalam kereta ketika dia dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah.

“Saya nak beritahu yang saya nak rasa kena rogol dengan lima tak cukup tau, teringin sangat nak kena rogol 10 orang lelaki.

“Bekas suami saya, camni saja tak rasa langsung. Kecil, lepas itu dah pancut terus tidur. Masuk ini rasa apa? Alaa, macam budak kecil punya.

Ingat kita ini budak kecil ke?”Kalau boleh nak dua ini. Sedap, bersih dan tak berbau. Besar. Nampak tak? Nak yang putih ini 4 dan yang gelap ini 6,” demikian katanya dalam video berkenaan.

Susulan viral video itu, pihak Unit Tindakan Khas CM Skuad Badar telah pergi ke rumah wanita berkenaan di Sungai Petani untuk mentarbiahnya agar bertaubat, kembali ke pangkal jalan, menjadi seorang peniaga yang berakhlak mulia dan beroleh rezeki yang halal toyyiba.

Ini kerana tindakan Siti Amiza itu boleh memburukkan nama baik kesucian Islam di matamasyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, pihak berkenaan gagal menemui wanita berkenaan yang difahamkan tiada di rumah pada waktu itu.

Sementara itu di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang dilakukan oleh wanita itu hanya sekadar strategi perniagaan bagi menaikkan semula perniagaannya yang dipercayai sudah sendu.

“Alah, selepas ini dia akan tampil minta maaf. Kemudian dia jual produk dia, terus laku,” kata Rayme Lala.”Strategi perniagaan. Wanita sentiasa menjadi barang promosi.

Inilah contohnya. Semakin di up, semakin banyak duit dia dapat,” kata Tika Emilia. Disember tahun lalu, Siti Amiza pernah dikecam di media sosial kerana pernah memuat naik status mencari suami untuk kahwin secara kontrak selepas bercerai pada 2016.

Dalam statusnya itu, Siti Amiza meletakkan syarat perkahwinan kontrak selama setahun saja dan dalam tempoh itu dia tidak akan menguruskan rumah tangga seperti mana kebiasaan yang dilakukan oleh golongan isteri.

Malah dia juga tidak kisah jika suami ada kekasih lain.Memetik laporan dari Harian Metro, Siti Amiza menjelaskan, dia berbuat demikian kerana tertekan selepas keluarganya meminta dia berkahwin segera.-The Reporter

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news