Lima warga Brunei kasari penjawat awam dipenjara dua tahun 0 5666

LIMBANG: Lima lelaki warga Brunei masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul penjawat awam di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tedungan, 28 Mac lalu.

Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim yang menjatuhkan hukuman itu kepada Abdul Hakim Muhammad Irwan, 23; Md Shahril Hazmin Sabli, 23; Abdul Hafiz Muhammad Irwan, 28; Muhammad Khairuddin Othman, 30; dan Muhammad Fairuz Rezuan Farizal, 22 yang mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh dihukum penjara lapan bulan dan denda RM2,000 di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakankekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang, kelima-lima tertuduh dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2,000.

Kesemua tertuduh juga dihukum penjara empat bulan dan denda RM2,000 bagi kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (menceroboh).

Mahkamah mengarahkan hukuman dijalankan serentak mulai tarikh tertuduhditangkapiaitu 29 Mac (Khamis lepas) dan jika gagal membayar denda kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara empat bulan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Sivanesrawan Nadaraja manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15335

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news