Liputan bekalan elektrik 24 jam di Sarawak kini 96.4 peratus 0 Empangan Mvasg

KUCHING: Sarawak kini telah mencapai keseluruhan 96.4 peratus elektrik dengan 92 peratus kawasan luar bandar disediakan bekalan kuasa 24 jam yang boleh dipercayai.

Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom menerusi kenyataan berkata kementerian menerusi Sarawak Energy, mempunyai misi untuk menyediakan semua rakyat dengan elektrik 24 jam yang berpatutan dan boleh dipercayai.

Hari ini katanya, beliau gembira dengan kemajuan yang dicapai menerusi pelan pembangunan tenaga strategik dan inisiatif elektrik yang dipercepatkan.

“Kebanyakan kawasan Sarawak disambung kepada Grid Kuasa Negeri. Tetapi bagi kawasan luar bandar yang sangat pedalaman, rakyat turut disediakan dengan sistem hidro mikro dibawah Skim Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES).

“Menjelang 2020, sasarannya adalah untuk mencapai liputan 97 peratus bekalan elektrik kepada isu rumah luar bandar ke arah sasaran akhir elektrifikasi sepenuhnya menjelang 2025,” katanya.

Tambah Rundi, bagi memastikan kapasiti mencukupi bagi memenuhi permintaan akan datang, Lojo Kuasa Arang Balingian akan memulakan operasi tahun ini, sekali gus meningkatkan kapasiti janaan kepada melebihi 5000MW.

Ini akan diikuti dengan loji di Tg Kidurong dengan kapasiti 800MW pada 2021 dan Empangan Kuasa Hidro Elektrik (HEP) Baleh berkapasiti 1200mw pada 2026.

“Dengan pengembangan sistem kuasa Sarawak, operasi sistem optimum boleh dicapai menerusi sambungan kepada sistem kuasa lain di Kalimantan, Brunei atau Sabah.

“Sarawak Energy telah menyambung talian transmisi 275KV dari Mambong di Sarawak ke Bengkayang di Kalimantan Barat menerusi perjanjian pertukaran kuasa.

“Projek ini telah berjaya dan adalah langkah pertama ke arah membina smabungan kuasa rentas sempadan dengan Pulau Borneo yang juga dikenali sebagai Grid Borneo,” ujarnya.

Sarawak menurut Rundi lagi, komited untuk merancang sistem kuasa yang berhemat di Sarawak dan memastikan operasi yang berkekalan untuk rakyat negeri menikmati elektrik yang berpatutan dan boleh dipercayai.

Pembangunan sektor hidro yang berjaya katanya adalah bahahian penting dalam pertumbuhan pembangunan sosio ekonomi Sarawak dan telah menarik pelaburan dari industri intensif tenaga Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Disamping itu, kuasa hidro adalah tidak terdedah kepada turun naik harga pasaran tidak seperti bahan api fosil.

Kesannya, pelanggan Sarawak Energy menikmati tariff elektrik terendah di Malaysia, iaitu 38 peratus lebih rendah daripada Semenanjung Malaysia dan antara yang terendah di ASEAN. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news