Rel kereta api Kalimantan boleh tembus ke Kuching 0 6807

KUCHING: Kalau rencana Presiden Jokowi untuk memindahkan ibu kota Indonesia menjadi kenyataan pada 2024, ini sudah pasti mendatangkan dampak besar kepada Sarawak.
Satu daripadanya, adalah dari segi pengangkutan.

Berdasarkan infografik sebuah portal Indonesia yang beredar, sebelum ini pun Jokowi sudah merancang menghubungkan seluruh Kalimantan dengan rel kereta api sehingga ke sempadan Sarawak.

Jadi, implikasinya, jika terdapat kerjasama antara Indonesia dengan Kerajaan Sarawak, sudah pasti rel kereta api berkenaan boleh menembusi Kuching.

Kerajaan Indonesia menyasarkan di bawah rencana berkenaan, dapat membina jalur landasan keretapi sepanjang 2,428 km. “Laluan berkenaan membentang dari Kalimantan Utara menuju ke Selatan sampai kota Banjarmasin, sebelum kemudian berbelok ke Kalimantan Barat melalui Kalimantan Tengah,” kata maklumat dalam infografik itu.

Antara kota atau bandar raya utama yang dilaluinya ialah Samarinda, Balikpapan, Tanjung, Palangkaraya dan Pontianak.

Menurut infografik berkenaan, keutamaan untuk tempoh 2015-19 ialah laluan antara Samarindacdan Palangkaraya, manakala bagi 2020-2024 adalah dari Banarmasin hingga ke Pontianak dan dari Samarinda ke Kalimantan Timur.

Laluan Banjarmasin-Tanjung dijangka sepanjang 196 km, manakala laluan Banjarmasin-Pontianak sepanjang 194 km diijangka siap tahun ini.

Satu daripada faktor yang menyebabkan perlunya perpindahan itu adalah kemacetan di ibu kota Jakarta ketika ini.

Media melaporkan kemacetan di Jakarta sendiri menyebabkan kerugian ekonomi Rp 65 trilion setahun berdasarkan data World Bank 2017.

Di ibu kota baharu itu nanti dijangka akan dibangun sistem informasi yang terintegrasi dan sistem pengangkutan yang pintar.

“Nah berkaitan dengan isu kota modern, smart technology, smart city, dari pengelolaan teknologi. Karena kita bicara future, bukan ibu kota sekarang,” kata Direktur Jenderal Cipta Karya Kementerian PUPR Danis Hidayat Sumadilaga seperti dipetik detikFinance, Khamis.

Ujarnya, sistem pengangkutan tersebut akan memperbanyak pengangkutan awam berbasis rel, yang juga akan terpadu dengan sistem pengangkutan lainnya, serta dengan ruang terbuka awam.

Sehingga, aksesibiliti ibu kota baharu ini jauh lebih baik daripada kota terdahulunya

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12934

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news