Litar lumba pertama di Sarawak 0 6477

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee mencadangkan sebidang tanah untuk pembinaan litar lumba pertama di Sarawak jika berjaya diusahakan.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri mewujudkan sebuah litar lumba di negeri ini kerana acara sukan itu semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia.

“Saya mengenal pasti tanah hendak saya bina litar tersebut tetapi saya perlu berbincang lebih lanjut dengan kerajaan negeri dan UCTS (Universiti Kolej Teknologi Sarawak).

“Jika berjaya, saya akan memohon dana supaya sebuah litar lumba dapat dibina di Sibu bagi memberi peluang kepada golongan belia menunjukkan bakat-bakat mereka.

“Malah, saya juga difahamkan bahawa tiada litar lumba di Sarawak,” katanya ditemui selepas merasmikan Sibu Drag Race (SDR) 2019 di Lapangan Terbang Sibu lama bersebelahan Kolej Laila Taib di sini semalam.

SDR 2019 anjuran Kelab Permotoran PB Sibu dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nangka dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibu.

Dr Annuar turut memberitahu sejak acara itu dianjurkan gejala sosial lumba haram di jalan terbuka dan kampung-kampung di sini menunjukkan penurunan mendadak.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) supaya memasukkan SDR dalam kalender aktiviti tahunan mereka.

“Di Sibu, kita ada acara seperti Sibu Base Jump, BCF (Pesta Kebudayaan Borneo) dan SIDF (Festival Tarian Antarabangsa Sibu). Oleh itu, saya rasa SDR boleh dimasukkan dalam kalender aktiviti Sibu.

“Saya mencadangkan perkara ini kepada MPS dan Pejabat Residen Sibu. Saya percaya ini membantu menjanakan pendapatan peniaga dan merangsang industri pelancongan di sini,” katanya.

Sementara itu, SDR edisi kelima itu tampil dengan kategori drif pada tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya hanya mengetengahkan kategori lumba drag kereta dan motosikal.

Hadir sama pengerusi penganjur, Zainudin Abdul Talip yang juga pengerusi Kelab Permotoran PB Sibu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13005

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12478

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news