Liverpool kecewa di Naples, tewas 2-0 kepada Napoli 0 6118

NAPLES: Juergen Klopp kecewa dengan persembahan longlai Liverpool tatkala anak buahnya memulakan saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara dengan kekalahan 0-2 di tangan Napoli, di Stadio San Paolo, awal pagi tadi.

Dries Mertens menyempurnakan penalti ketika perlawanan berbaki lapan minit selepas Andy Robertson menjatuhkan Jose Callejon dalam petak penalti dan pemain gantian tuan rumah Fernando Llorente menjaringkan gol kedua pada minit kecederaan bagi memastikan mata penuh.

Anak buah Klopp muncul juara bertahan yang kalah perlawanan pembukaan sejak nasib sama menimpa AC Milan yang dikejutkan Ajax Amsterdam pada 1994.

“Ia sangat mengecewakan kerana terlepas peluang ini,” kata Klopp kepada BT Sport.

”Ini adalah perlawanan pembukaan dengan menyaksikan banyak serangan balas tapi kami gagal menyudahkannya dan itulah masalahnya. Pada babak kedua ia agak ganas dan semua pemain banyak berlari.”

Klopp juga kecewa dengan penalti yang diberikan kepada tuan rumah selepas Robertson ‘mengasari’ Callejon.

“Saya tidak fikir ia adalah penalti.” katanya. “Apa yang boleh saya katakan ialah ia jelas bukan penalti. Dia merebahkan diri sebelum disentuh, kami tidak boleh mengubah keputusan itu.”

Sebelum itu, pemain Napoli, Hirving Lozano menanduk dari jarak dekat namun ia didapati ofsaid sebelum Sadio Mane memaksa penjaga gol tuan rumah, Alex Meret menyelamatkan cubaannya disusuli tandukan Roberto Firmino sebelum rehat.

Sebaik babak kedua bersambung, penjaga gol Liverpool, Adrian menafikan cubaan Mertens sebelum Meret merebahkan diri untuk menangkis cubaan Salah yang tersasar.

Namun dua jaringan masing-masing dari Mertens dan Llorente itu memberikan tuan rumah tiga mata untuk Carlo Ancelotti yang turut menewaskan Liverpool di gelanggang mereka dalam peringkat sama musim lalu.

“Kami bekerja keras sebagai satu unit untuk menahan serangan dan menyerap semua asakan dan berjaya mengawal situasi lawan dan saya fikir kami berjaya melakukannya dengan baik,” kata Ancelotti kepada Sky Sport Italia.

“Kami berasa yakin dengan gol kedua itu, ia hampir menuju ke penamat dan kami di depan. Kamu boleh menekan sejak mula. Saya suka kualiti pemain saya, tapi adakalanya, jika terpaksa, kami bermain teruk juga.”

Dalam satu lagi saingan Kumpulan E, Salzburg memulakan langkah dengan kemenangan besar membelasah Genk 6-2 di laman sendiri.

Erling Haaland meledak hatrik di babak pertama dan muncul pemain ketiga paling muda meledak tiga gol pada usia 19 tahun dan 58 hari di belakang Raul (18 tahun 113 hari) dan Wayne Rooney (18 tahun 340 hari). – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7741

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5360

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news