Liverpool kekal ‘Raja Merseyside’ tewaskan Everton 1-0 0 6063

LIVERPOOL: Gol pelik Divock Origi pada masa kecederaan menghadiahkan Liverpool kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam pertemuan menarik tetangga Merseyside, awal pagi tadi.

Kemenangan menyaksikan Reds terus menghambat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City tetapi perlawanan itu pasti mendapat perhatian oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berikutan insiden yang berlaku di penghujung aksi.

Jurgen Klopp memohon maaf menerusi televisyen susulan keraian terhadap gol Origi – yang membuat penampilan sulung di Liga Perdana sejak Ogos 2017 dengan meledak gol pada minit ke-96.

Pengurus dari Jerman itu berlari ke tengah padang, melebihi bulatan tengah sebelum disertai staf kejurulatihan dan pemain-pemain gantian Reds bagi meraikan jaringan bersama pemain dan peminat.

Di satu lagi sudut di Anfield, peminat Everton melontarkan suar berwarna biru ke atas padang, satu lagi insiden yang dijangka akan berdepan tindakan daripada FA.

Sekali pun Klopp mendakwa sudah memohon maaf kepada rakan sejawatnya, Marco Silva selepas perlawanan – dakwaan yang dinafikan oleh bos Everton itu, FA dijangka akan meneliti kembali insiden berkenaan.

“Sejurus selepas perlawanan saya meminta maaf kepada Marco Silva ketika kami bercakap,” kata Klopp. “Saya memberitahunya yang saya amat menghormati kerja yang dilakukannya.

“Apa yang saya boleh katakan mengenainya? Saya tidak mahu berlari. Ia tidak berada dalam rancangan saya. Saya tidak mahu berlari kepada Ali (Alisson), saya jelas tidak boleh berhenti. Ia tidak bagus, tetapi ia sudah berlaku.”

Silva menolak versi permohonan maaf Klopp dengan berkata: “Dia tidak meminta maaf kepada saya. Sejujur-jujurnya, saya tidak melihatnya jadi saya tidak tahu apa yang dia lakukan dan bagaimana dia lakukan.

“Saya fikir dia juga tidak menyangka (gol lewat) jadi ia adalah hari yang bertuah untuknya.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news