Liverpool tumpas di tangan Sevilla 0 6074

NW YORK: Alejandro Pozo meledak gol penentuan dalam kemenangan 2-1 Sevilla yang beraksi 10 orang ke atas Liverpool di Boston awal pagi tadi, kekalahan yang lebih memeritkan buat juara Eropah itu apabila pemainnya Yassert Larouci terpaksa diusung keluar.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berang dengan tindakan Joris Gnagnon mengasari Larouci yang pada minit ke-76. Gnagnon dilayangkan kad merah manakala Larouci terpaksa dikeluarkan selepas kepalanya terhantuk kuat di atas padang.

“Masih terlalu awal untuk saya memberi pendapat berkenaan situasi ini,” kata Klopp yang turut mengatakan Larouci bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

“Tetapi sudah tentu, perkara begini mengambil masa. Saya tidak tahu 100 peratus. Kelihatan seperti dia bernasib baik tetapi saya hanya sempat bercakap sekejap dengan doktor dan itu yang dia katakan, kita perlu tunggu.”

Walaupun skuad La Liga itu beraksi 10 orang, Liverpool masih gagal menambah jaringan dan Pozo meledak gol kemenangan pada minit ke-90 selepas mendapat hantaran daripada Munir El Haddadi dan menewaskan penjaga gol Livepool Simon Mignolet.

Sevilla mencipta banyak peluang di Fenway Park – halaman juara Siri Dunia Besbol Boston Red Sox. Kedua-dua kelab Red Sox dan Liverpool dimiliki oleh kumpulan yang diterajui John W Henry.

Tidak ramai bintang Liverpool yang turut serta dalam aksi di Amerika Syarikat itu, dengan bintang Brazil Roberto Firmino dan Alisson baru saja membantu negaranya menjuarai Copa America di laman sendiri, manakala Mohamed Salah dan Sadio Mane masih bercuti selepas mewakili negara masing-masing di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7791

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5403

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news